Tujuan blog Kenali Syiah adalah untuk memperkenalkan pengajaran Ahl al-Bayt (Syiah) dalam Bahasa Melayu.

Friday, April 6, 2012

Tak Kenal Maka Tak Cinta

Amat tepat sekali pepatah Melayu tersebut dalam memperkatakan soal syiah dan ahlul bait. 

Bagi kebanyakan orang Melayu kita perkataan “syiah” dan “ahlul bait” amat asing sekali dalam perbendaharaan kata mereka. Mungkin ini kerana kebanyakan sumber yang menceritakan tentang syiah itu bukan dari sumbernya yang asal. 

Kewujudan blog ini bertujuan untuk memberikan maklumat yang sebenar tentang “syiah” dan “ahlul bait” dari sumber-sumbernya yang asli. Mudah-mudahan segala “hijab” yang menyelubungi persoalan apakah itu “syiah” dan “ahlul bait”sebenarnya akan tersingkap dan membolehkan kita kenal apa itu “syiah” dan seterusnya mencintai “ahlul bait” sebagaimana telah disebutkan oleh Allah swt “Katakanlah (Wahai Muhammad): 

Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upahpun atas seruanku kecuali kasih sayang pada kerabatku". (Surah Asy-syura: 23) 

Kerabat” di sini ditafsirkan sebagai “ahlul bait” dan untuk mengetahui lebih lanjut tentang "ahlul bait" yang diminta oleh Rasulullah (saw) untuk kita mengasihi mereka silakan baca kandungan blog ini seterusnya.

2 comments:

  1. teruskan sis
    pls invite me to view http://researchintoothersects.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. dimana blog sseterusnya? tolong email kpd saya: aznet_leen@yahoo.com

    tks

    ReplyDelete