Amat tepat sekali pepatah Melayu tersebut
dalam memperkatakan soal syiah dan ahlul bait.
Bagi kebanyakan orang
Melayu kita perkataan “syiah” dan “ahlul bait” amat asing sekali dalam
perbendaharaan kata mereka. Mungkin ini kerana kebanyakan sumber yang
menceritakan tentang syiah itu bukan dari sumbernya yang asal.
Kewujudan
blog ini bertujuan untuk memberikan maklumat yang sebenar tentang
“syiah” dan “ahlul bait” dari sumber-sumbernya yang asli. Mudah-mudahan
segala “hijab” yang menyelubungi persoalan apakah itu “syiah” dan “ahlul
bait”sebenarnya akan tersingkap dan membolehkan kita kenal apa itu
“syiah” dan seterusnya mencintai “ahlul bait” sebagaimana telah
disebutkan oleh Allah swt “Katakanlah (Wahai Muhammad):
Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upahpun atas seruanku kecuali kasih sayang pada kerabatku". (Surah Asy-syura: 23)
Kerabat” di sini ditafsirkan sebagai
“ahlul bait” dan untuk mengetahui lebih lanjut tentang "ahlul bait"
yang diminta oleh Rasulullah (saw) untuk kita mengasihi mereka silakan
baca kandungan blog ini seterusnya.
teruskan sis
ReplyDeletepls invite me to view http://researchintoothersects.blogspot.com/
dimana blog sseterusnya? tolong email kpd saya: aznet_leen@yahoo.com
ReplyDeletetks